Kebenaran beroperasi maahad tahfiz persendirian kini di peringkat akhir

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri beramah mesra bersama para pelajar ketika melawat Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIWP) pada Sesi Pembukaan Sekolah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kebenaran untuk beroperasi bagi institusi dan maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan pihak berwajib, kini dalam proses akhir sebelum dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia akan dibuat selepas perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Tahfiz persendirian ini kita akan bincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan perkara ini perlu disusun semula melalui Jakim dan pihak kerajaan negeri.

"Insya-ALLAH hari ini kita akan nilai dalam masa yang terdekat ini selepas pertimbangan sewajarnya kerana kita perlu mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan (KKM), MKN dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Iklan

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIWP) bagi meninjau pembukaan serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran sesi sekolah.

Zulkifli berkata, pelbagai aspek perlu diteliti sebelum institusi dan maahad tahfiz persendirian dibenarkan beroperasi, bagi mengelakkan wujud kluster tahfiz seperti sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kanan) ketika melawat Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAIWP) pada hari kedua Sesi Pembukaan Sekolah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini. - Foto Bernama

Iklan

Sehingga semalam, menurut KKM jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) yang dikesan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan tahfiz serta madrasah adalah 19,788 orang daripada 23,946 individu yang disaring.

Zulkifli berkata, beliau berpuas hati dengan pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak sekolah.

"Bagi saya, ini adalah salah satu tangga menunjukkan kita boleh hidup dalam normal baharu dan boleh menapak dalam situasi di mana sesetengah negara masih bertarung dengan Covid-19, tapi kita sudah mula buka persekolahan secara berperingkat-peringkat.

"Sejujurnya, langkah KPM bagi saya adalah amat tepat, dengan penuh kewaspadaan dan penuh dengan peraturan... walaupun dengan Covid-19 namun pendidikan, pengetahuan tetap dapat disampaikan dan disebarkan kepada pelajar dengan sebaik mungkin,” katanya. - Bernama