KUALA LUMPUR - Seramai 1,334 pemohon hadir pada sesi temuduga terbuka Pekerja Sementara Harian (PSH) yang diadakan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cheras pada semalam dan hari ini.
Unit Media DBKL di Facebook rasminya memaklumkan, temuduga tersebut sebagai memberikan peluang kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan atau hilang pendapatan kesan penularan koronavirus (Covid-19) merebut peluang mengisi jawatan kosong DBKL termasuk pembantu tadbir, pembantu pustakawan dan juruteknik komputer serta pembantu kemahiran.