JOHOR BAHRU - Pergaduhan dua kumpulan disyaki kongsi gelap di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 1, di sini, awal bulan lalu dinafikan terdapat penglibatan pihak lain.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki terbunuh akibat cedera parah kerana menerima beberapa tikaman di bahagian dada kanan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kesemua suspek yang terlibat dalam kes itu sudah dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.
"Kita dah tuduh semua suspek di mahkamah. Tangkapan baharu ke apa tiada.
"Masa kejadian kita tangkap 15 suspek dan 14 daripadanya telah dituduh. Kesalahan yang didakwa adalah mengikut Seksyen 302, Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Ketika ditanya adakah suspek disyaki pelaku pembunuhan itu diupah pihak tertentu memandangkan rata-rata daripadanya adalah remaja, Kamaluddin juga menafikannya.
"Tidak ada (ada unsur diupah), kes itu dah selesai," katanya.
Nafi kes bunuh SJKC Kuo Kuang 1 ada dalang tersembunyi
Iklan