Lancar tabung bawa pulang pelajar Malaysia di Mesir

Iklan
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan tabung bantuan bagi misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melancarkan tabung bantuan bagi misi membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir.

Setiausaha Agungnya Dr Ahmad Kamsani Samingan berkata, tabung 'Aku Ingin Pulang: Misi Kasih Pelajar Mesir' itu bagi menampung sebahagian kos tiket penerbangan pelajar yang tidak berkemampuan untuk pulang ke tanah air.

Iklan
Iklan

"Ramai pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir mengharapkan bantuan kewangan kerana tiket penerbangan mahal, lebih dua kali ganda daripada biasa dengan anggaran satu tiket sehala mencecah RM4,000 seorang.

"Sehubungan itu, ISMA dengan kerjasama Yayasan Maghfirah mengalu-alukan syarikat korporat, orang persendirian mahupun orang awam untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung pelajar kita di Mesir," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Iklan
Iklan

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Yayasan Maghfirah, Maybank (562263552802) atau CIMB (8603221427). - Bernama