Cabnet nafi dapat kontrak CCTV bernilai RM173 juta

Iklan
Cabnet nafi khabar angin kontrak CCTV bernilai RM173 juta.

KUALA LUMPUR - Cabnet Holdings Bhd (CHB) telah menafikan khabar angin dan berita yang beredar di platform media sosial yang menyatakan anak syarikatnya Cabnet Systems (M) Sdn Bhd telah memperoleh kontrak sistem kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM173 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penyelesaian pengurusan bangunan itu berkata, berita dan dokumen yang berlegar itu mendakwa Cabnet Systems menerima surat lantikan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk kontrak pembekalan, pemasangan, pengujian, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem CCTV, sistem akses lif dan sistem akses pintu masuk untuk lokap polis seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Pihak lembaga ingin menjelaskan yang berita itu palsu dan tidak berasas, dan syarikat berkenaan sememangnya tidak diberikan kontrak seumpama itu,” katanya.

Ia menambah pihak lembaga juga tidak mengetahui daripada mana datangnya berita itu, dan akan mengambil tindakan sewajarnya yang dianggap perlu untuk menjaga kepentingan dan reputasi syarikat termasuk membuat laporan kepada pihak berwajib. - Bernama

Iklan
Iklan