PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) mencapai kata sepakat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk terus kekal di Stadium Hoki Kuala Lumpur.
Presiden PHKL, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, kedua-dua pihak mendapat persetujuan itu dalam satu pertemuan hari ini selain membincangkan beberapa isu lain yang berkaitan.
Iklan
Iklan
"Kami kini dalam proses akhir mendokumentasikan semua perjanjian tersebut yang mana selepas ini menyaksikan lebih banyak pengisian aktiviti dan program antara kedua-dua pihak.
"Pihak kami optimis kerjasama dengan DBKL ini amatlah penting dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada komuniti hoki di Kuala Lumpur selain mengekalkan stadium tersebut sebagai ‘rumah rasmi’ PHKL,” katanya menerusi kenyataan.
Pertemuan itu dihadirinya bersama Ahli Jawatankuasa Stadium yang terdiri daripada Naib Presiden PHKL, Muhamad Fariz Mustafa serta Sukhjit Singh sebagai wakil ahli gabungan PHKL.
Dalam pada itu ketika dihubungi Megat berkata, kontrak perjanjian tersebut dijangka akan dikeluarkan DBKL tidak lama lagi dan persetujuan yang dicapai hari ini merupakan satu lagi perkembangan terbaik untuk sukan hoki yang boleh dimanfaatkan kedua-dua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: Megat Shahriman sedia beri kerjasama