Bukan masalah cepat atau lambat tapi mahu atau tidak

Iklan
Merak Jalanan sendiri masih mempelajari gitar untuk memantapkan kemahiran. -Foto 123rf

BARU-BARU ini Merak Jalanan bersama dua orang kawan berbincang tentang minat masing-masing. Mereka berdua tiba-tiba bertanya tentang minat Merak Jalanan iaitu muzik. Seorang menyatakan hasrat mahu mempelajari gitar manakala seorang lagi pula mahu belajar bermain biola.

Masing-masing bertanya adakah masih sempat lagi mempelajarinya? Maklum sahajalah mereka berdua sudah berusia 40-an, bimbang dikatakan terlambat.

Iklan
Iklan

Bagi Merak Jalanan tidak ada masalah pun cuma mahu atau tidak sahaja. Bak kata pepatah orang putih, better late than never. Namun, minat itu perlu disusuli dengan kesungguhan.

Dalam usia sebaya mereka, Merak Jalanan sendiri masih mempelajari gitar untuk memantapkan kemahiran. Malah, Merak Jalanan aktif mengikuti kelas, cuma suasana sekarang ini kelas tertumpu kepada secara dalam talian susulan masalah kekangan masa dan tanggungjawab yang kian bertambah selari dengan peningkatan usia.

Iklan

Kalau kita asyik memikirkan sempat atau tidak memang apa pun kita tidak dapat lakukan. Kalau kita asyik memikirkan sempat atau tidak, mungkin juga Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak wujud. Seperti yang orang sedia maklum, pengasas KFC, Colonel Harland David Sanders menubuhkan francais restoran makanan segera itu ketika beliau berusia 62 tahun sekitar 1952.

Malah, hal yang sama turut berlaku kepada Pengasas Telekung Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman. Beliau memulakan perniagaannya ketika berusia 46 tahun sekitar 2009.

Iklan

Hasil kerja keras dan percaya tiada apa yang terlewat selagi ada usaha dan mahu mencuba, ibu kepada enam anak itu berjaya mencipta nama dalam bidang perniagaan tempatan.

Selagi kita memikirkan sempat atau tidak dalam melakukan sesuatu kita tidak akan ke mana-mana. Maka, tinggallah cita-cita atau keinginan kita itu terkubur begitu sahaja.