PENYERANG berbisa Liverpool, Mohamed Salah mengakui dia dan barisan pemain The Reds kini berada dalam mood meraikan pengakhiran kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Crystal Palace 4-0 di Anfield awal pagi tadi.
Menurut Salah, situasi Liverpool ketika ini sama seperti apa yang diharungi musim lalu, namun peluang mereka bergelar juara dinafikan Manchester City yang tampil cemerlang pada saat-saat akhir.
Iklan
Iklan
"Sejak saya datang ke sini (Liverpool), saya mengatakan bahawa saya mahu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat komuniti Liverpool kerana bandar ini tidak memenanginya bagi jangka masa yang lama.
"Musim lalu, kami berpeluang muncul juara liga tetapi Manchester City juga bermain dengan sangat baik dan pantas mendapatkannya. Tetapi tidak lagi musim ini, inilah masanya kami menjuarai liga,” katanya.
Pada perlawanan itu, Salah, Trent Alexander-Arnold, Fabinho dan Sadio Mane masing-masing meledak satu gol buat Liverpool sekali gus membolehkan The Reds hanya memerlukan dua lagi mata untuk ditabal selaku juara.