Polis jangka ambil keterangan pemandu Toyota Vios hari ini

Iklan
Nik Ros Azhan

GEORGETOWN - Polis berkemungkinan akan mengambil keterangan dari pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan pemandu berusia 21 tahun itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika keadaan lelaki terbabit masih tidak stabil, polis akan memanggilnya dalam tempoh sehari ke dua hari lagi.

"Pemandu itu masih di hospital dan keadaannya stabil. Polis masih belum dapat percakapannya lagi dan perlu mendapat maklumat dari doktor dahulu.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terhumban ke laut ditemui]

"Buat masa ini, kita kena tengok keadaan lelaki itu dahulu sebelum mengambil keterangannya. Mungkin hari ini atau esok, tengok keadaannya dahulu. Buat masa ini, siasatan masih dijalankan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya kepada media tadi.

Iklan

Tambahnya, sehingga kini lapan saksi sudah diambil keterangan termasuk lima rakan mangsa yang berhibur bersama mangsa pada malam kejadian.

"Ada saksi awam dan ahli keluarga juga dirakam keterangan hari ini dan semalam. Akan ada lagi saksi yang akan diambil hari ini.

"Dari keterangan saksi, hanya mangsa berada dalam kenderaan terbabit. Jika mangsa dijumpai, kita akan hantar ke Hospital Seberang Jaya," katanya.