Nahas ragut tiga nyawa: Pemandu Hilux mengaku tak salah

Iklan
Mohd Firdaus mengaku tidak bersalah memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar di sini hari ini.

KUALA KANGSAR - Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak Jumaat minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Firdaus Hawari,33, yang bekerja sebagai penyelia mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah yang menyebabkan tidak berdaya mengawal kenderaan.

Perbuatan itu menyebabkan kematian ke atas Nurul Huda Ariffin,31; Abdul Hakim Hashim,32, dan bayi mereka, Adib Aidan berusia dua tahun di KM74, Jalan Ipoh-Gerik kira-kira jam 10.20 malam pada 19 Jun lalu.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Hazril Azam Abdul Hamid.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai ini.

Dalam nahas itu, kesemua mangsa menaiki Toyota Vios telah bertembung dengan Toyota Hilux yang dipandu tertuduh dalam kejadian di Sauk di sini.

Bagaimanapun, anak sulung pasangan itu, Ammar Aiman berusia empat tahun terselamat telah menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut nahas dua kenderaan

Tiga sekeluarga maut, isteri hamil 5 bulan

Pemandu langgar tiga beranak ada saman pandu laju