372 tekong ditahan dalam Op Benteng: KPN

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 372 tekong yang terbabit dalam penyeludupan pendatang asing tanpa izin ke negara ini sejak Op Benteng dilaksanakan pada Mei lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, daripada jumlah itu, 80 kertas siasatan yang lengkap telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 80 tekong akan didakwa dalam masa terdekat," katanya selepas menghadiri majlis serah terima tugas antara Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSJK dengan Pengarah JSJK Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad yang bersara wajib Ahad ini (28 Jun).

Op Benteng diaktifkan sejak Mei di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Iklan

Mengenai penahanan tiga pegawai Imigresen yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan warga asing di Johor, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan dengan meneliti daripada setiap sudut.

"Terdapat beberapa dakwaan mengatakan pegawai itu tidak bersalah kerana pas lawatan atau pasport individu berkenaan sukar untuk diperbaharui berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan

"Namun, risikan yang diterima mendapati mereka ini memberi laluan mudah dengan licik kepada pendatang asing masuk ke negara ini," kata Abdul Hamid.

Selasa lepas, seorang pegawai kanan dan dua pegawai Jabatan Imigresen berusia 30 hingga 48 tahun ditahan di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor Bahru. - Bernama