Op Mabuk: 10 ditahan, 81 saman dikeluarkan

Iklan
JSPT Johor giat melancarkan Op Mabuk di seluruh negeri bagi mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan.

JOHOR BAHRU- Seramai 10 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dilaksanakan di seluruh negeri awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan M Kumarasan berkata, kesemua yang ditahan berusia berusia 25 hingga 60 tahun.

Iklan
Iklan

Katanya, dalam operasi enam jam yang bermula jam 9 malam itu sebanyak 81 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya melibatkan pelbagai kesalahan termasuk ubah suai kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

" JSPT Johor giat melancarkan Op Mabuk di seluruh negeri bagi mengesan dan membanteras pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Iklan
Iklan