KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10 sen manakala diesel pula naik sembilan sen bagi tempoh 27 Jun hingga 3 Julai.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON97 ialah RM1.99, RON95 (RM1.69) dan diesel RM1.86.