Sarung jersi Liverpool, dapat ayam goreng percuma

Iklan
Gambar hiasan.

SINGAPURA - Hati senang, perut kenyang! Peminat tegar mahupun lalang Liverpool di Singapura menerima 'nikmat berganda' hari ini apabila sebuah restoran makanan segera menawarkan hidangan ayam goreng percuma bagi meraikan kejayaan kelab tersebut merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi.

Restoran Texas Chiken menawarkan hidangan tersebut kepada mana-mana pelanggan yang datang ke premisnya dengan menyarung jersi The Reds.

Iklan
Iklan

Promosi menarik itu bermula dari jam 11 pagi (waktu tempatan) dan berakhir pada jam 9 malam.

Kelab dari Merseyside itu menamatkan penantian 30 tahun bergelar sang juara selepas Chelsea menewaskan Manchester City 2-1.

Iklan

Skuad Jurgen Klopp mengesahkan gelaran ke-19 kelab dengan rekod baki tujuh perlawanan.

Liverpool juga kelab paling awal mengesahkan kejuaraan berbanding juara Liga Perdana yang lain mengatasi rekod baki lima perlawanan dikongsi bersama City dan Manchester United. - Agensi

Iklan