'Lanjutkan tempoh moratorium hingga tahun depan'

Iklan
Tempoh enam bulan moratorium yang diumumkan kerajaan sebelum ini terlalu pendek kerana ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyarankan kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sehingga Mac tahun depan bagi memberi ruang kepada rakyat untuk kembali ‘bernafas’.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, tempoh enam bulan yang diumumkan kerajaan sebelum ini terlalu pendek kerana ramai yang terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Tempoh moratorium akan berakhir September ini dan ia terlalu pendek kerana ramai yang terjejas. Tempoh setahun dilihat relevan untuk memulihkan ekonomi," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, rakyat masih terkesan kerana hilang punca pendapatan dan masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga mengekang penularan pandemik ini.

Iklan
Iklan

"Kerajaan wajar mengkaji semula melanjutkan tempoh moratorium itu supaya dapat mengelakkan impak berterusan terhadap ekonomi selain sudah banyak membantu melalui pelbagai inisiatif termasuk pertanian dan kebajikan,” katanya.