Enam cedera nahas kereta api di Chegar Perah

Iklan
Enam dilaporkan cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api kontraktor di Kilometer 260 kawasan landasan Chegar Perah pagi tadi.

LIPIS - [DIKEMAS KINI] Empat pekerja cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta api kontraktor (baik pulih landasan) di Kilometer 260 berhampiran Stesen Kereta api Chegar Perah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat awal dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia dari 23 hingga 41 tahun dilaporkan cedera di kaki, kepala dan tangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Zikrulillah Rosli mengalami patah tangan kiri manakala Nik Muhammaf Danial Nik Yaacob luka di kepala.

"Dua lagi mangsa ialah Rosli Mat Jidin terseliuh kaki dan Ng Chee Seng luka di kepala dan patah kaki.

Iklan

"Seramai 52 anggota penyelamat termasuk pihak polis bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pihak kesihatan dan syarikat Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) berada di lokasi untuk bantuan menyelamat.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lokomotif FBL03 yang datang dari arah Stesen Chegar Perah menghala ke Stesen Padang Tengku manakala lokomotif Tampin FBT02 dari arah bertentangan," katanya.

Iklan

Azli berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba. Kemalangan hanya melibatkan pekerja," katanya.