Pahang catat belanjawan defisit dari 2014-2017

Iklan

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan kemampuan Kerajaan Negeri Pahang untuk melaksanakan pembangunan mampan dengan jumlah hutang pada 31 Disember 2018 berjumlah RM3.178 bilion

Menurut Guan Eng lagi, Pahang mencatatkan belanjawan berdefisit setiap tahun dengan defisit terkumpul sejak 2014 sebanyak negatif RM228 pada akhir 2017 lalu.

Iklan
Iklan

"Akibat pengurusan kewangan negeri yang lemah, Kerajaan Negeri Pahang tidak berkemampuan untuk memenuhi obligasi hutangnya kepada Kerajaan Persekutuan, yang merupakan jumlah terbesar di antara semua negeri di Malaysia.

"Hutang Kerajaan Negeri Pahang kepada Kerajaan Persekutuan pada 31 Disember 2018 berjumlah RM3,178 juta, dengan tunggakan sebanyak RM1,270 juta.

Iklan

"Mampukah Kerajaan Negeri Pahang jalankan pembangunan yang mampan dengan hutang paling tinggi dalam Malaysia sebanyak RM3.2 bilion pada akhir 2018, dan belanjawan berdefisit setiap tahun, dengan defisit terkumpul negatif RM228 Juta pada akhir 2017?,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, setiap tahun, Kerajaan Negeri Pahang dengan megahnya menekankan bahawa negeri itu telah membentangkan belanjawan lebihan (surplus) (semasa) sejak 1992, iaitu keadaan di mana hasil Kerajaan Negeri melebihi perbelanjaan mengurus.

Iklan

"Hakikatnya jauh daripada apa yang diuar-uarkan, kerana apabila penyata kewangan ditutup pada akhir tahun, belanjawan sebenar bukanlah lebihan tetapi berdefisit,” katanya.