Mat Don sah milik Melaka United

Iklan
Liridon Krasniq

BEKAS pemain import Kedah, Liridon Krasniq yang dikaitkan pasukan tok gajah akhirnya sah milik Melaka United (MU) selapas menandatangani kontrak semusim di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini tadi.

Pemain kelahiran Kosovo atau dikenali Mat Don, 27, dipilih pengendali skuad kancil Zainal Abidin Hassan untuk mengantikan Luka Milunovic yang cedera ketika aksi pra musim di Vietnam tempoh hari.

Iklan
Iklan

Sesi menandatangani turut disertai pemain import penyerang dari Brazil, Anselmo Aruda Da Silva, pemain tengah dari Montenegro, Darko Marković dan pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk-Won untuk saingan liga super yang bermula Februari depan. Tidak terkecuali penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kesemua mereka yang menandatangani kontrak semusim itu disaksikan oleh Ketua Menteri yang juga Presiden MUSA, Adly Zahari, Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung, Farhan Ibrahim dan Bendahari Kehormat MUSA, Yuhaizad Abdullah.

Iklan
Adly (tengah) selepas menyaksikan majlis menandatangni pemain import Seri Negeri, Ayer Keroh, tadi.

Sepanjang bersama Kedah, Mat Don turut membantu Kedah menjuarai Piala FA pada 2017 dan Piala Sumbangsih pada tahun yang sama.

Selain itu, beliau pernah menerima Anugerah Pemain Asing terbaik Lima Malaysia buat dua tahun berturut-turut pada 2016 dan 2017.

Iklan

Malah sepanjang kariernya, Liridon pernah beraksi bersama beberapa pasukan bermula dengan kelab Republik Czech, FK Mladá Boleslav pada 2011 sebelum menyertai beberapa kelab Turki seperti Fethiyespor dan Osmanlıspor sebelum menyertai Kedah pada 2015.