[VIDEO] Manjanya Seman...

Iklan
Paparan Twitter Mohd Ridhuan menarik perhatian ramai.

PENGERANG - Sifat manja dan jinak seekor angsa yang diberi nama Seman dengan seorang pemuda membuatkan ramai kagum kerana kebiasaannya angsa dikenali haiwan yang garang.

Mohd Ridhuan Daud, 22, berkata, sikap itu mungkin kerana Seman menganggapnya sebagai hero selepas beliau menyelamatkan pasangannya yang tersepit pada rim sebuah basikal.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Ridhuan, kepala angsa betina milik neneknya tersepit pada rim basikal dan sejak itu Seman yang juga angsa milik neneknya, Seamah Arshad, 77, mula rapat dan manja.

"Bagaimanapun angsa betina telah mati," katanya berasal dari Pengerang, Johor.

Iklan

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu memberitahu, sifat penyayang terhadap haiwan hasil didikan Allahyarham ibunya, Rosiah Karim.

"Ibu memang sayangkan haiwan dan selalu berpesan supaya berbuat baik kepada semua haiwan.

Iklan

Jadi setiap hari sebelum keluar rumah, saya akan bawa sebekas makanan haiwan untuk dibahagikan jika ada yang kelaparan," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Ridhuan bersama angsa yang dipanggil Seman.

Ketika ditanya perbuatan kejam segelintir manusia terhadap haiwan, Mohd Ridhuan berkata, haiwan perlu disayangi bukan dizalimi.

"Haiwan juga ada perasaan walaupun tidak ditonjolkan melalui kata-kata. Sayangilah haiwan, bukan mendera. Allah akan merahmati dan melimpahkan rezeki buat kita," katanya.

Sebelum ini, satu rakaman tular di laman sosial menunjukkan seekor angsa memeluk lelaki ketika bertemu.

Rakaman video durasi 56 saat itu dimuat naik di Twitter Mohd Ridhuan telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Kata @shari,"Hubungan manusia dengan ALLAH dan hubungan sesama manusia adalah saling melengkapkan. Tapi hubungan manusia dengan haiwan adalah jarang-jarang kita ketahuinya. Naluri kita berbeza tetapi mampu saling memahami."