Durian dua tan licin dalam dua jam

Iklan
Mohd Shahrizal (berdiri) bergambar bersama Ketua Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail (empat dari kanan) dan tetamu jemputan yang hadir pada Program Belasah Durian Silaturahim Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini.

TANJONG KARANG - Kira-kira dua tan durian habis dalam tempoh dua jam pada Program Belasah Durian Silaturahim Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini.

Ketuanya, Datuk Mohd Shahrizal Sahri berkata, program bermula jam 2 petang tadi itu berjaya menarik kira-kira 1,000 anak muda untuk merasai keenakan Raja Buah itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program itu diadakan dengan kerjasama penjual durian, Mohamad Faizal Abu Bakar, 39, di Tapak Bazar Raya Pekan Tanjong Karang.

"Inisiatif makan durian percuma ini membawa objektif merapatkan silaturahim antara seluruh anak-anak muda selain turut mengundang bekas pemimpin pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mohd Shahrizal berkata, meskipun program itu kali pertama diadakan namun ia mendapat sambutan menggalakkan.

"Matlamat utama program ini memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan dapat merasai kemeriahan musim durian pada kali ini.

Iklan

"Kita ingin berkongsi rezeki dengan anak muda agar mereka yang kurang berkemampuan dapat menikmati durian," katanya.

Katanya, pelbagai gred durian disajikan kepada pengunjung pada program yang turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Pengunjung yang datang menitikberatkan soal SOP dan kita berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang," katanya.