Lima pencari damar nyaris dibaham harimau

Iklan
Lima lelaki terserempak dengan seekor harimau di kawasan hutan Tenggulun, Aceh Tamiang pada malam Khamis. - Foto Tribunnews

ACHEH - Lima pencari damar nyaris dibaham seekor harimau di kawasan hutan Tenggulun, Aceh Tamiang pada malam Khamis.

Lapor Tribunnews, mereka adalah Roy Mansyah, 37, Ahyar Madani, 29, Edo Pratama, 28, Agung Prasetyo, 24, dan Edi Prawoto, 48.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kanan Vokasional, Iptu Hendra Sukmana berkata, insiden itu berlaku ketika mangsa memasuki hutan berkenaan pada jam 12 tengah hari dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, selepas selesai mencari damar, mangsa berjalan kaki menuju ke kawasan parkir motosikal untuk pulang kira-kira jam 5.30 petang sebelum dikejutkan dengan kemunculan seekor harimau jantan.

Iklan

"Harimau berkenaan berada sejauh 30 meter dan kesemua mangsa sempat bersembunyi namun binatang buas itu tetap menghampiri mereka.

"Mangsa bertindak membaling batu untuk halau harimau itu namun ia tidak berganjak sebelum mereka bertindak memanjat pokok untuk menyelamatkan diri," katanya.

Iklan

Katanya, selepas itu mangsa bertindak menghubungi ketua kampung untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

"Pasukan keselamatan yang tiba di kawasan kejadian bertindak membakar mercun bagi menakutkan harimau tersebut.

"Harimau tersebut kemudian masuk semula hutan dan kesemua mangsa diselamatkan pada jam 8.30 malam," katanya.