Perikatan Nasional dan PRU15

Iklan

DUNIA politik Malaysia tidak pernah tidak meriah. Ia sebati bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik mutakhir yang kini sudah 120 hari sejak Perikatan Nasional (PN) mengambilalih teraju kepimpinan negara.

Bagi Pakatan Harapan (PH), sudah 120 hari juga PH tanpa ada kedudukan sehingga masih mencari ruang untuk menubuhkan semula kerajaan.

Iklan
Iklan

Berapa lamakah percaturan itu akan berterusan? Apakah sudah masuk gear-4 secara mengejut untuk berhadapan dengan PRU15? Adakah ini persoalan legitimasi pembangkang dalam konteks politik hari ini?

Bagi PN, ia nampak tenang namun ‘air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Barangkali, masing-masing sudah bersetuju meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri PN dan kita bakal melihat semula kempen ala ‘kePresidenan’ sebagaimana pernah dibuat oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dan Datuk Seri Mohd Najib Razak (tahun 2013) serta Tun Dr Mahathir Mohamad (tahun 2018).

Iklan

Namun, pendaftaran PN memerlukan konsensus menyeluruh bilamana ada yang menyuarakan kebimbangan tidak mempunyai masa untuk menukar mindset penyokong.

Walaupun rakyat memilih wakil rakyat dan bukan Perdana Menteri, tetapi perwatakan tenang dan sederhana sosok figura Perdana Menteri serta sumbangannya sepanjang 120 hari lalu amat signifikan kepada PN.

Iklan

Barisan Nasional (BN) dan Pas lazimnya selesa dengan logo mereka tetapi apa yang berlaku pada DAP, Amanah, Bersatu dan PKR untuk bersetuju menggunakan logo PKR adalah luar biasa dalam PRU14.

Korban

Adakah BN, Pas, Bersatu, GPS dan GBS bersedia untuk berkorban dalam isu itu?

Mampukah penyokong ditukar pemikiran politik mereka kepada logo PN jika ada nanti? Jika PN tidak diterima, adakah Bersatu akan memulakan kerjasama politik berbeza dengan Pas dan BN; misalnya antara Bersatu dan Pas; BN dan Pas serta Bersatu dan BN yang boleh meletakkan persoalan ‘kepercayaan’ antara satu sama lain atau salah satu tidak berubah pendirian.

Apakah akan hadir parti lain yang menjadi ‘pendesak’ sehingga menukar apa yang sedang diusahakan? Diakui Pas sering menjadi kingmaker dalam gelombang kepartian.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga berpengaruh. Bagaimana pula penjajaran politik beliau dalam PN? PN juga perlukan sokongan berterusan dari Borneo yang sebelum ini merupakan ‘deposit’ yang dicairkan PH. Deposit hilang dalam selesa dengan tafsiran politik sendiri. Bersediakah jika DUN Sabah bubar?PN tidak akan bersedia untuk hadapi PRU melainkan mengakui pangkal permasalahan tersebut belum diatasi.

Parameter agihan kerusi perlu telus untuk memastikan jentera dan calon tidak disabotaj atau ‘cah keting’kan sewaktu PRU15. Kerahan jentera bergantung kepada koordinasi antara parti sebagaimana dalam Muafakat Nasional (MN) sewaktu PRK sebelum ini. Gabungan dalam gabungan besar PN perlu beristiqamah dan bersedia ‘korban dan kompromi’ kerana PRU15 tidak sama dengan PRU14.

Populariti Datuk Seri Najib Razak berada pada kemuncaknya. Bagaimanakah PN dan BN mahu memobilisasi ‘komando politik’ itu yang menetapkan kerangka agenda ‘perang politik’ sejak tahun 2018?

Tidak boleh dinafikan PH sedang berhadapan isu calon Perdana Menteri; pertembungan dua faksi iaitu DAP, Amanah dan Kem Dr Mahathir serta DAP, Amanah dan kem Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Begitu juga pertembungan Dr Mahathir-Anwar sejak tahun 2017.

Hanya DAP masih gah walaupun ada yang cuba bermain dengan soal prinsip parti dan perjuangan selepas didapati selesa dengan Dr Mahathir daripada Anwar secara tiba-tiba.

Jika ikatan muafakat BN-Bersatu-Pas-GPS-GBS tampil sebagai ‘pasukan’ mantap, PRU15 akan membawa satu lagi anjakan dalam dimensi dan parameter yang unik tetapi kekal signifikan.

* Dr. Sivamurugan Pandian ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia