Belalang juta serang bandar satelit India

Iklan
Kawanan belalang juta di perkampungan Ghurpur di pinggir Allahabad, Uttar Pradesh. - Foto: AFP

NEW DELHI - Kawanan belalang juta menyerang Gurugram, bandar satelit di ibu negara India hari ini hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa meminta penduduk menutup tingkap rumah masing-masing.

Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi yang terletak bersempadan Gurugram turut menasihatkan juruterbang supaya mengambil langkah berjaga-jaga ketika berlepas dan mendarat kerana serangan belalang juta yang juga dikenali belalang gurun.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Gurugram tidak pernah berdepan insiden seperti itu dan serangan belalang juta itu hanya berlaku di beberapa perkampungan di negeri Gujarat dan Rajasthan di utara yang berkongsi sempadan kawasan gurun di Pakistan.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi gambar kejadian tersebut di Twitter dan segelintir daripadanya mengkritik pemerintah kerana tidak menghalang serangan belalang juta terbabit.

Iklan

"Ia tidak akan menjadi berita utama selagi serangan serangga itu belum sampai ke New Delhi," kata pakar pertanian, Devinder Sharma.

India yang bergelut serangan belalang juta terburuk dalam tempoh beberapa dekad terpaksa menggunakan kenderaan khas dan jentera bomba untuk menyembur racun serangga di tujuh negeri berpopulasi padat di utara, tengah dan barat negara itu.

Iklan

Serangan belalang juta itu dikatakan tidak menyebabkan kemusnahan yang ketara kerana perbezaan tempoh yang agak panjang antara musim menuai dan menanam namun petani bimbang dengan hasil tanaman musim panas mereka. - Agensi