RANAU - Seramai 88 pendaki termasuk 10 pengamal media tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu pada awal pagi ini berikutan faktor cuaca.
Penguasa substesen, Panalaban Julimin Kamin berkata, pendakian yang dijadualkan bermula pada jam 2.15 pagi itu terpaksa dibatalkan kerana hujan yang berterusan sejak petang semalam menyebabkan laluan ke puncak gunung licin.