Atlet tenpin boling negara, Timmy Tan ternyata tidak sabar untuk memperagakan aksi dalam usaha memburu kejuaraan selepas lebih tiga bulan tanpa saingan kompetitif.
Namun, juara Asia dua kali itu terpaksa terus ‘menunggu’ selepas pembatalan beberapa kejohanan serta temasya sukan susulan pandemik Covid-19, memandangkan saingan terdekat yang bakal disertainya adalah Kejohanan Asia di Hong Kong pada Januari tahun depan.
"Sepatutnya Kejohanan Asia itu pada Julai, tetapi ditunda ke Januari tahun depan. Ada baiknya juga ia tidak dilangsungkan pada Julai kerana baru lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), memang tidak ada latihan yang betul sewaktu PKP.
"Jika kami sertai kejohanan pada Julai selepas dibenarkan berlatih pada 15 Jun, memang agak sukar untuk biasakan diri dan berada di tahap terbaik. Sekurang-kurangnya kini kami ada beberapa bulan lagi untuk persediaan,” katanya.
Atlet berusia 26 tahun itu berkata pada awal pelaksanaan PKP, beliau mengakui ‘seronok’ kerana dapat berehat daripada aktiviti boling, namun selepas seminggu tidak berada di gelanggang timbul perasaan bosan.
Mengenai prestasinya selepas kembali menjalani latihan sejak 15 Jun, Timmy mengakui setelah hampir dua minggu memulakan latihan, dia sudah mendapatkan semula momentumnya.
"Pada awal latihan, fokus lebih kepada sesuaikan dengan keadaan lorong. Tiada perubahan mendadak selepas kembali berlatih walaupun kena ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan,” katanya.
Ekoran penularan wabak Covid-19, skuad tenpin boling negara terpaksa menghentikan latihan di Sunway Mega Lanes, sebaik sahaja kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu.
Bukan itu sahaja, beberapa kejohanan yang bakal disertai mereka juga terpaksa ditunda termasuk Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 28 November depan setelah ditunda dari jadual asal pada Mac lalu.
Boling Dunia turut mengumumkan penjadualan semula semua acara utama yang dipinda ke 2021 dan 2022, antaranya Piala Dunia Boling AMF, Piala Dunia Boling Para, Kejohanan Belia dan Remaja Dunia.