Tiga beranak, seorang wanita mengaku tak bersalah edar dadah

Iklan
Dua tertuduh (kiri dan dua kiri) dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk didakwa pada hari ini.

ALOR SETAR - Tiga beranak dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Masjistret Alor Setar hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 780.18 gram pada 19 Jun lalu.

Amran Azizan, 45, Azrulnizam Azizan, 40, Noor Syamimi Md Noor, 34 dan Puan Saad, 67, yang tidak diwakili peguam berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum gantung, dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan.

Iklan
Iklan

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 13 September depan untuk sebutan semula kes manakala semua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Proses pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hamizah Mat Shah.

Iklan

Pada 19 Jun lalu kira-kira jam 6 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar telah membuat serbuan dan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh dua lelaki dan dua wanita di Bahu Jalan Batu 2 Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.

Hasil pemeriksaan, polis menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat kasar 780.18 gram.

Iklan

Mereka dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.