Remaja ditemukan lemas di Ulu Yam

Iklan
Anggota bomba melakukan pencarian mangsa di Air Terjun Sendat Ulu Yam.

HULU SELANGOR - Seorang remaja lelaki ditemui lemas di Air Terjun Sendat Ulu Yam, Batang Kali di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira jam 1.17 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencarian oleh anggota bomba berjaya mengesan kedudukan mangsa berumur 18 tahun itu pada kedalaman air 2.4 meter.

Bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dilakukan terhadap mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Anggota bomba kemudiannya melakukan selaman sehingga mangsa berjaya dibawa naik ke darat.

Iklan

"Bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dilakukan terhadap mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan