Gelembung perjalanan: Hishammuddin akan hubungi Singapura

Iklan
Hishammuddin menjawab pertanyaan media selepas meninjau jeti Tasik Chini di Kampung Gumum hari ini. - Foto Bernama

PEKAN - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menghubungi rakan sejawatannya dari Singapura bagi perbincangan lanjut mengenai cadangan pembukaan pintu sempadan kedua-dua negara menggunakan konsep gelembung perjalanan.

Beliau berkata, perbincangannya dengan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan itu bagi memastikan hujah rasional kedua-dua negara dalam sebarang keputusan dapat difahami rakyat dan tidak menjejaskan keselamatan.

Iklan
Iklan

"Saya akan hubungi Menteri Luar, Vivian esok atau lusa kerana Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun dah berbincang dengan Perdana Menteri (Singapura), Lee Hsien Loong.

"Jadi ini memerlukan polemik, ini mesti bersandarkan kepada hujah-hujah yang rasional supaya rakyat di kedua-dua belah negara memahami apa yang kita buat ini, lakukan secara bertanggungjawab dan takkan menjejaskan keselamatan dan kedudukan rakyat Singapura dan Malaysia,” katanya.

Iklan

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke beberapa perkampungan orang asli di Chini, dekat sini hari ini, dalam usaha membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, perbincangannya dengan Vivian itu nanti termasuk akan mengemukakan cadangan membenarkan hanya empat golongan dalam perjalanan rentas sempadan seperti ahli perniagaan serta rakyat Malaysia yang berulang-alik harian ke Singapura.

Iklan

Katanya, cadangan melaksanakan gelembung perjalanan bersama negara dalam kategori zon hijau perlu dilaksana segera bagi menjana semula ekonomi yang telah sekian lama tertangguh kerana pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun beliau memberi jaminan, pelaksanaannya akan mengutamakan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang akan memanfaatkan kedua-dua negara.

Gelembung perjalanan adalah usaha menghubungkan semula negara-negara atau negeri-negeri yang telah mencapai tahap kejayaan yang baik dalam membendung wabak Covid-19 di peringkat domestik.

Pendekatan ini membenarkan kumpulan negara atau negeri menawarkan semula hubungan perdagangan antara satu sama lain serta memulakan kembali sektor seperti pelancongan dan perjalanan. - Bernama