8,105 pelajar Tingkatan Lima MRSM mula sesi persekolahan

Iklan
Azizah ketika mengadakan lawatan di MRSM Kota Kinabalu di Papar hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Seramai 8,105 pelajar Tingkatan Lima dari 53 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara akan memulakan sesi persekolahan mulai hari ini dan esok.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azizah Mohd Dun berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 36,789 pelajar MRSM, yang akan memulakan sesi pengajian di maktab masing-masing dalam suasana kebiasaan baharu sebelum mereka menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, MRSM Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dibuka hari ini manakala MRSM Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Selangor) esok.

Azizah berkata, Mara telah merangka garis panduan pembukaan semula MRSM selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pendidikan dan garis panduan ini perlu dipatuhi oleh waris pelajar dan para pelajar terbabit.

Iklan

Garis panduan itu antara lain memperincikan tanggungjawab pentadbir MRSM, peranan guru terutama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bersesuaian, peranan pelajar daripada aspek penjagaan kesihatan diri serta pengamalan normal baharu serta peranan ibu bapa masing-masing, katanya.

"Semua pengetua dan tenaga pengajar sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi persekolahan ini dengan memastikan bilik asrama dan setiap kelas disiapkan dengan mengikuti SOP ditetapkan termasuk amalan penjarakkan sosial," katanya kepada pemberita selepas melawat MRSM Kota Kinabalu, di Papar, dekat sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, katanya, sesi pembelajaran secara dalam talian yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar MRSM dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan diteruskan bagi pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. - Bernama