Selesai kelewatan urusan cop pasport Imigresen di CIQ Tawau

Iklan

TAWAU - Rungutan pemilik bot ikan mengenai kelewatan Imigresen untuk urusan cop pasport kru bot warga asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini sudah dibincangkan bersama Jabatan Imigresen Sabah.

Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman berkata, pekerja bot terpaksa menunggu lama untuk urusan cop oleh kakitangan Imigresen sebelum dapat memungah hasil ikan.

Iklan
Iklan

"Selama ini, pihak Imigresen hanya memulakan urusan cop pekerja ini selepas tibanya feri pertama membawa masuk penumpang dari Nunukan, Indonesia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi 'engagement' (perbincangan) wakil rakyat di Tawau serta Kalabakan dengan Jabatan Imigresen mengenai pintu kawalan masuk ke Tawau, semalam.

Difahamkan bot-bot ikan ini terpaksa menunggu selama empat hingga ke lima jam sehari bagi urusan cop pasport sebelum dapat memunggah hasil ikan.

Iklan

Dalam pada itu, Ma'mun berkata pertemuan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Musa Sulaiman itu turut membincangkan pelbagai perkara termasuk kelewatan urusan orang awam serta pelancong di pintu masuk Tawau di CIQ dan Lapangan Terbang Tawau.

Sementara itu, Musa memberi jaminan segala permasalahan yang dibangkitkan dalam sesi tersebut akan diselesaikan.

Iklan

"Imigresen akan mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki segera kelemahan yang timbul di pintu masuk ini,” katanya.

Menurutnya, Imigresen faham dan tindakan susulan akan diambil selari sempena tahun Cuti-Cuti Tawau. - Bernama