Korban Covid-19 seluruh dunia lepasi 500,000 orang

Iklan
Seramai 500,108 penduduk di seluruh dunia menjadi korban Covid-19. - Foto AFP

ANKARA - Jumlah korban koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia kini melepasi 500,000 pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu, menurut data Johns Hopkins University yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Seramai 500,108 penduduk di seluruh dunia menjadi korban sementara lebih 5.08 juta pesakit sembuh manakala jumlah kes kini mencecah 10 juta.

Iklan
Iklan

AS terus kekal negara paling teruk diancam, menyaksikan lebih 2.53 juta orang dijangkiti sementara lebih 125,700 pesakit meninggal dunia.

Brazil, mempunyai jumlah kes dan kematian Covid-19 paling tinggi di Amerika Latin dan bilangan kes kedua tertinggi di dunia dengan 1.31 juta jangkitan.

Iklan

Rusia, India, Itali, Sepanyol dan United Kingdom antara negara paling teruk terjejas.

Virus maut itu sudah merebak ke 188 negara dan wilayah sejak ia mula dikesan pada penghujung tahun lalu. - Bernama

Iklan