Pemuda uji kesabaran ibu dengan makan 'tanah'

Iklan
Paparan rakaman si ibu terkejut melihat anaknya makan 'tanah' yang tular di media sosial.

JAKARTA - Seorang pemuda menguji kesabaran dan kasih sayang terhadap ibunya dengan bertindak makan 'tanah' dari pasu bunga hingga membuatkan ibunya berang.

Bagaimanapun, tindakan pemuda itu hanya sekadar gurauan kerana 'tanah' tersebut sebenarnya biskut Oreo yang telah dikisar halus, lapor Suara.

Iklan
Iklan

Video rakaman gelagat pemuda dan ibunya yang mencuit hati itu tular di laman sosial hingga menarik perhatian netizen.

Rakaman itu dimuat naik di aplikasi Tik Tok bernama Ricky Alvano menunjukkan Ricky mengisar adunan biskut Oreo dan memasukkan ke dalam pasu bunga sebelum makan di hadapan ibunya.

Iklan

Kedengaran dalam rakaman tersebut, suara ibunya bertanyakan,"Ya ALLAH, Astaghfirullah, apa itu, Subhanallah, eh itu kan tanah, tanah pu'unan. Mengapa bertindak seolah-olah saya tidak pernah beri makan kepada kamu."

Setelah tiada jawapan daripada si anak, si ibu kemudian terus membaling pembersih bulu ayam ke arah anaknya kerana marah dengan perbuatan tidak masuk akal itu.

Iklan