Ibu tunggal terima 'durian runtuh'

Iklan
Jen Willis menemui wang terselit di pelindung matahari ruang pemandu. - Foto Mirror.co.uk

VICTORIA - Seorang ibu tunggal yang mengalami kesempitan wang tidak menyangka akan menemui wang tunai bernilai A$50 (RM642) dalam sampul surat diselitkan dalam sebuah kereta yang baru dibelinya di Victoria, Australia.

Jen Willis bergelut dengan pelbagai masalah selepas berpisah dengan suaminya, selain salah seorang anaknya tidak sihat, lapor Mirror.co.uk.

Iklan
Iklan

Willis terpaksa membeli sebuah kereta bagi memudahkan pergerakan dan terus memberi wang deposit setelah melihat iklan penjualan kereta.

"Saya berharap penjual kereta orang baik kerana saya belum melihat kenderaan itu tetapi sudah beri deposit.

Iklan

"Bila tiba masa sesuai, saya mengambil kereta selepas selesai urusan jual beli. Semasa menurunkan pelindung matahari di ruang pemandu, secara tiba-tiba ada benda jatuh," katanya.

Willis berkata, kemungkinan pemilik asal kereta telah meninggalkan sampul surat tersebut.

Iklan

"Bila buka sampul, saya terkejut ia berisi wang tunai A$50 (RM642) dan nota bertulis, tindakan itu dilakukan secara rawak dan berharap sesiapa yang miliki wang itu guna sebaiknya.

"Nota itu seolah memahami saya sedang melalui hidup yang sukar," katanya.

Jelasnya, beliau akan menggunakan wang tersebut untuk membawa dua anaknya makan malam.