Mississippi gesa ubah bendera

Iklan
Majoriti di Dewan Perwakilan meluluskan langkah itu apabila memperoleh 91 menyokong dan 23 menolak.

JAKCSON - Penggubal undang-undang di Mississippi semalam mengundi untuk menghapuskan lambang konfederasi pada bendera negeri itu selepas ia dianggap membawa maksud perkauman di Amerika Syarikat.

Majoriti di Dewan Perwakilan meluluskan langkah itu apabila 91 menyokong dan 23 menolak sebelum Senat meluluskan rang undang-undang (RUU) menghapuskan simbol tersebut dengan undi 37-14 beberapa jam kemudian.

Iklan
Iklan

RUU turut meminta sembilan anggota suruhanjaya menghasilkan bendera baharu yang tidak menggunakan simbol konfiderasi dan memasukkan frasa ‘In God, We Trust’. - AFP