PDRM perlu bertindak segera kes ugutan

Iklan
Musa Hassan

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu membanteras secara berterusan kes-kes berkaitan ugutan yang berlaku di dalam negara, apatah lagi apabila ia turut melibatkan pegawai mereka sendiri.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, individu yang melakukan ugutan itu bukan sahaja mencabar undang-undang negara, bahkan juga pihak polis dan perkara itu perlu dibanteras secara berterusan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan perlu dilakukan dengan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Ini adalah asam garam dan juga risiko yang perlu dihadapi anggota polis dalam memerangi jenayah. Bagaimanapun, polis tidak perlu takut dengan ugutan tersebut sebaliknya perlu menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak yang telah melakukan ugutan tersebut.

Iklan

"Jika individu terbabit melakukan jenayah terhadap anggota dan pegawai polis, maka seluruh pasukan PDRM akan memburu mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Johor, anggota terima ugutan

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam yang menerima beberapa ancaman daripada sindiket pendatang asing tanpa izin (PATI) antarabangsa berikutan ketegasan Polis Johor menggempur rangkaian sindiket berkenaan di Johor.

Sementara itu, Musa berkata, beliau percaya Ayob Khan tidak gentar dengan ugutan tersebut kerana pihak yang membuat ugutan tersebut kebiasaannya sekadar bertujuan untuk menakut-nakutkan.