‘Syukur semuanya sudah terlerai’

Iklan
Luqman bersama kedua ibu bapanya serta kakak dan anak saudaranya ketika pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu baru-baru ini. -Foto: Koleksi gambar ibu Luqman

"SAYA bersyukur dan gembira kerana inilah impiannya sejak daripada kecil akhirnya tercapai,” Itulah luahan spontan bapa Luqman Hakim, Shamsudin Mahmood sebaik menyingkap perpindahan penyerang berusia 18 tahun itu akan menyertai KV Kortrijk (KVK).

Bagaimanapun, Shamsudin turut mengakui beliau sekeluarga khususnya anaknya telah berdepan tekanan tinggi selepas status Luqman telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi.

Iklan
Iklan

Jelas pesara mekanik berusia 63 tahun itu, bahang tekanan itu cukup dirasai selepas Luqman dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dan wakil Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Namun Shamsudin mengakui beliau akhirnya menarik nafas lega dan tekanan itu semakin reda selepas pemilik KVK, Tan Sri Vincent Tan mengumumkan bahawa Luqman merupakan pemain sah kelab berpangkalan di Belgium itu.

Iklan

Katanya, Luqman sendiri telah menghubunginya dan dia sangat gembira selepas mendengar perkhabaran daripada Vincent yang telah memberikan jaminan terhadap kariernya.

"Percayalah anak saya memang mahu bermain di luar negara dan bukan senang nak dapat peluang seperti itu.

Iklan

"Sudah pasti saya merestui pemergiannya dan saya sendiri mahu Luqman pergi ke Belgium. Jangan risaukan kami di sini kerana saya mahu dia menunaikan impiannya.

"Nasihat kami supaya Luqman tidak lupa diri dan manfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Saya tidak mahu dia dipengaruhi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan diri sendiri.

"Kami sekeluarga gembira dengan pengumuman Vincent semalam (kelmarin) dan akhirnya terjawab sudah status Luqman berhubung masa depannya.

"Terima kasih Vincent dan saya berharap beliau dapat membimbing anak saya dengan menunjukkan perkara yang betul dan maafkan kesilapannya sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan Vincent memberikan jaminan kepada Luqman Hakim bahawa pemain muda negara itu memiliki potensi besar untuk menyinar di pentas Eropah.

Vincent yang juga merangkap pemilik Cardiff City, mendedahkan penyerang kelahiran Kelantan itu telah sah menjadi milik kelabnya sekali gua masa depan Luqman sepatutnya tidak menjadi tanda tanya sebagaimana pemain berkenaan sendiri menandatangani kontrak lima tahun bersama KVK.

Luqman menjadi pemain Malaysia pertama dan Asia Tenggara keempat yang bermain di Belgium selepas Kawin Thamstachanan (OH Leuven), Nguyen Cong Phuong (Sint Truidense VV) dan Firza Andika (AFC Tubize).

Dalam perkembangan lain, ibu Luqman, Hasmah Che Soh, 56, mendedahkan anaknya sudah tidak sabar memulakan karier baharu di bumi Eropah.

"Saya terharu selepas membaca perkhabaran daripada Vincent dan sudah pasti sebagai ibu, saya mahu dia berjaya di Belgium.

"Luqman anak bongsu dan saya mahu dia bekerja lebih keras kerana dia benar-benar mahu bermain di luar negara.

"Apa yang pasti kami gembira Luqman akan pergi ke Belgium dan saya yakin dia dapat menjaga nama baik keluarga dan negara nanti,” katanya.