Penganggur tak serik jual dadah

Iklan
Chee Khoon (kiri) menunjukkan dadah dan barang dirampas pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Sabak Bernam, di sini.

SABAK BERNAM - [DIKEMASKINI] Seorang penganggur yang memiliki empat kes narkotik tidak pernah serik melakukan kegiatan itu hingga dicekup sekali lagi di Bagan Teluk Rhu, di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, suspek lelaki yang ditahan kira-kira jam 2 pagi itu turut memiliki dua rekod jenayah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek ditahan sepasukan polis yang menghampiri suspek berusia 35 tahun itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan polis terhadap suspek menemui lima paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 281.20 gram dengan nilai RM5, 000," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Chee Khoon berkata, polis turut merampas beg silang yang digunakan suspek untuk menyimpan dadah berkenaan.

Iklan

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan berakhir 27 Januari ini bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB 1952) yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan," katanya.