KOTA BHARU - Lapan daripada 11 mangsa bot karam di perairan Kemasin di sini yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dibenarkan pulang sejak awal pagi tadi.
Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, kesemua mangsa tersebut tiba di hospital pada jam 3 pagi tadi.
Iklan
Iklan
"Lapan daripadanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang pada jam 7 pagi.
"Tiga lagi mangsa masih dirawat dan dalam pemantauan pihak hospital," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut bot karam dibadai ribut
Usaha mencari, menyelamat 4 lagi pemancing hilang diteruskan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bot yang dinaiki 20 pemancing dan penyandat sotong dari Pasir Mas itu telah dipukul ribut di perairan Kemasin sejauh 10 batu nautika dari Jeti Pangkalan Kemasin di sini malam tadi.
Sehingga jam 5 pagi, 16 mangsa telah ditemui di mana empat daripadanya meninggal dunia.
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk menjejak empat lagi mangsa lain.