Bot karam: Kelantan beri bantuan segera kepada mangsa

Iklan
Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan segera kepada wakil ahli keluarga yang masih belum ditemui ketika berada di jeti Perikanan Kemasin.

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memberi sumbangan segera kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi bot karam di perairan Kemasin, di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan tersebut adalah dari Tabung Serambi Mekah dan disalurkan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Iklan
Iklan

"Kepada mangsa yang selamat, kita berikan RM500 dan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia kita berikan RM1,000," katanya ketika turun padang meninjau perkembangan semasa operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam di jeti Jeti Pangkalan Kemasin dan turut mendengar taklimat daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berhubung misi pencarian tersebut.

Iklan
Hasanuddin menunjukkan lokasi kejadian kepada Ahmad semasa tinjauan di jeti Kuala Kemasin di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Muntaz Md Nawi.

Mengulas lanjut, Ahmad meminta seluruh rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ditetapkan untuk aktiviti di lautan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Iklan

"Panduan keselamatan di lautan amat penting terutama ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Ini penting sebab sekarang ini maklumat hanya di hujung jari.

"Maka saya nasihatkan kepada seluruh rakyat, sebelum melakukan sebarang aktiviti, lihat dahulu panduan dan maklumat yang diberikan melalui laman-laman rasmi jabatan serta agensi yang terlibat seperti Jabatan Kaji Cuaca dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut bot karam dibadai ribut

Usaha mencari, menyelamat 4 lagi pemancing hilang diteruskan<

'Umpama menunggu malaikat maut cabut nyawa'