Penerbit buku didakwa hina Jata Negara mohon maaf

Iklan
Pihak polis menerima 21 laporan berkaitan buku berkenaan yang didakwa menghina Jata Negara.

SHAH ALAM - Penerbit buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mengundang kontroversi kerana kulit buku tersebut didakwa menghina Jata Negara tampil memohon maaf hari ini.

Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin berkata, pihaknya tidak berniat untuk menghina lambang negara.

Iklan
Iklan

"Kami memang tak sengaja mahu hina atau apa-apa. Kalau ada pihak atau kalau sesiapa rasa kurang senang atau menyinggung perasaan mereka, saya minta maaf.

"Pada masa depan kita akan lebih sensitif,” katanya kepada Malaysiakini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima 21 laporan kes hina Jata Negara

KDN arah polis siasat kes ubah Jata Negara

Hina Jata Negara: Pemuda UMNO gesa KDN ambil tindakan

Iklan

Siasat individu hina Jata Negara bawah Akta Hasutan

Buku terbabit mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara.

Ia turut mengundang sekumpulan pemuda dari MIC, MCA, UMNO dan Pas membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat kerana didakwa menghina Jata Negara.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya telah mengarahkan pihak polis menjalankan siasatan segera berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ton Sin menjelaskan bahawa imej pada kulit buku itu adalah dari sebuah lukisan yang pernah dipamerkan di negara ini beberapa tahun lalu dan penggunaannya di kulit buku itu diatur antara pelukis serta pengarang buku tersebut.

Begitupun katanya, beliau tidak pasti sama ada editor buku tersebut yang menghubungi pelukis itu atau sebaliknya untuk mendapatkan lukisan terbabit bagi kulit buku itu.

"Kulit buku ini satu lukisan sudah lama berapa tahun dulu. Ada pamer di sebuah pameran di Sarawak dan lukisan itu dikatakan sudah habis jual.

"Pada masa itu saya sebenarnya bimbang juga tetapi saya tidak pula kata jangan sebaliknya serah kepada mereka untuk buat keputusan,” katanya.

Ton Sin turut memaklumkan bahawa pihak polis telah mengunjungi pejabatnya di Petaling Jaya petang semalam namun beliau tiada pada waktu itu dan bersedia memberikan kerjasama berhubung perkara itu.

Difahamkan editor buku tersebut, Kean Wong enggan memberikan komen berhubung perkara itu atas nasihat peguamnya.

Sementara itu, pereka grafik buku terbabit, Fahmi Reza berkata, imej yang digunakan pada kulit buku itu adalah lukisan yang pernah dipamerkan secara terbuka enam tahun lalu.

"Bagi yang tak tahu, 'artwork' yang digunakan sebagai 'design' kulit buku yang didakwa menghina Jata Negara sebenarnya sebuah 'oil painting' lama.

"Pernah dipamerkan dalam sebuah 'art exhibition' yang terbuka pada orang awam di sebuah galeri di KL, enam tahun dulu masa zaman Barisan Nasional (BN) pada tahun 2014," katanya di Twitter.