Covid-19: 246 kes baharu di Singapura, majoriti warga asing

Iklan
Tiga kluster baharu dikenalpasti semalam melibatkan asrama di 38 Woodlands Industrial Park E1; 210 Woodlands Industrial Park E5; dan 170 Woodlands Industrial Park E7.

SINGAPURA - Singapura hari ini melaporkan 246 kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) dengan enam kes dalam komuniti menjadikan jumlahnya 43,907 kes.

Dalam data ringkas tengah hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan tiga rakyat Singapura atau penduduk tetap dan tiga pemegang pas pekerja.

Iklan
Iklan

Kes baharu yang lain melibatkan pekerja asing yang ditempatkan di asrama.

Dalam data lengkap yang disiarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasi 1,874 daripada kes dikaitkan dengan komuniti, 581 kes import dan 41,206 melibatkan pekerja asing di asrama.

Iklan

Sehingga tengah hari semalam, 37,985 atau 87 peratus daripada jumlah pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenar pulang dari hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Terdapat 197 kes disahkan masih di hospital semalam dengan satu ditempatkan di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.

Iklan

Manakala 5,453 pesakit yang mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi setelah diuji masih positif Covid-19 telah diasingkan dan menerima rawatan di fasiliti komuniti.

Setakat ini, 26 orang meninggal dunia di republik ini akibat komplikasi Covid-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan 21 Mac.

Tiga kluster baharu dikenalpasti semalam melibatkan asrama di 38 Woodlands Industrial Park E1; 210 Woodlands Industrial Park E5; dan 170 Woodlands Industrial Park E7.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Sumber Manusia berkata, setakat ini 241 asrama dan 21 Blok Pekerja Pulih (BRW) di 14 Asrama Dibina Khas (PBD) bebas Covid-19.

Sehingga 28 Jun, 87,000 pekerja telah pulih atau diuji bebas daripada virus itu dan berada di premis bebas, menurut kementerian itu. - Bernama