SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan 70 peratus daripada keseluruhan hutang kerajaan Pahang kepada kerajaan Pusat adalah berkaitan air.
Katanya, ia sama seperti hutang yang diselesaikan kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Saya telah semak hutang Pahang kepada kerajaan pusat yang dipolitikkan Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dalam Laporan Ketua Audit Negara.
"Rupa-rupanya sebahagian besar 70 peratus hutang Pahang berkaitan dengan air. Inilah hutang sama yang diselesaikan kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang dulu," katanya menerusi Twitternya, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pahang catat belanjawan defisit dari 2014-2017]
Guan Eng dalam satu kenyataan, hari ini mempersoalkan kemampuan Kerajaan Negeri Pahang untuk melaksanakan pembangunan mampan dengan jumlah hutang tertinggi di negara yang direkodkan negeri itu.
Menurutnya, Pahang mencatatkan sebanyak RM3.2 bilion hutang pada akhir 2018 dan belanjawan berdefisit setiap tahun dengan defisit terkumpul sebanyak negatif RM228 pada akhir 2017 lalu.