Nak mati sakit macam ni ya?

Iklan
Dr Siti Mariah memegang gambar Allahyarham Eddie Erwan Marzuki ketika kunjungannya di Tanjong Karang.

TANJONG KARANG –"Kalau orang nak mati, memang sakit sangat macam ini ya? Sakit sangat...,” demikian kata-kata terakhir seorang kakitangan awam, Eddie Erwan Marzuki kepada isterinya sebelum bersujud dan menghembus nafas terakhir.

Menceritakan detik menyayat hati itu, Rosnaiza Al Bahar, 43, tidak menyangka gurauan suaminya itu rupanya petanda dia pergi meninggalkannya bersama empat anaknya buat selama-lamanya.

Iklan
Iklan

"Seminggu sebelum tu, suami memang ada mengadu sakit dada tapi masih aktif buat kerja macam biasa...bila mengadu sakit tu, saya cakap jomlah pergi periksa dekat hospital.

"Tapi suami kata tak perlu dan dia sempat cakap, doakannya panjang umur sebab banyak urusan yang masih belum selesai. Memang suami ni kalau sakit tak nak pergi hospital.

Iklan

"Masa mengadu sakit tu, hati dah berdetik nak ‘call’ ambulans tapi suami tegah. Dalam sakit-sakit tu, sempat lagi dia memotong rumput bersihkan kawasan,” katanya yang mengadu hatinya tidak tenteram sepanjang tempoh seminggu itu.

Sebelum itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud mengunjungi rumah Rosnaiza, sempena Program Ziarah dan Penyerahan Bantuan Khairat Kematian Skim PSPA Selangor.

Iklan

Rosnaiza, balu kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Tanjong Karang, Eddie Erwan Marzuki meninggal dunia akibat serangan jantung pada Oktober lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: RM1.1 juta untuk manfaat PSPA]

Katanya lagi, malam sebelum kejadian, suaminya pergi berjumpa dengan kawan sehingga pulang lewat sehingga jam 4 pagi dengan alasan jamnya rosak dan tertera jam 12 sahaja.

"Nasib baik saya tersedar sebab lupa nak matikan suis periuk nasi dan tengok jam dah lewat tapi suami tak balik-balik...memang risau sangat masa tu tak tahu keadaan dia.

"Bila dia balik tu, dia nampak ok saja dan masih tak tidur pagi tu. Saya masih ingat dia nak rehat sekejap sebelum saya nak keluar sekejap sebab kena ikut program kesihatan.

"Tapi pagi tu anak cakap ayah dah lain macam dan saya terdengar suami tersedak dari dalam bilik...masuk bilik saja nampak dia bersujud. Saya cepat-cepat rangkul dia dari belakang dan baringkan.

"Tapi masa tu dia dah tak bernafas. Panik memang panik dan cepat-cepat keluar cari orang untuk bantu. Nasib baik ada jiran datang tolong dan periksa nadi tapi suami dah tiada,” katanya sebak.