JOHOR BAHRU - Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Menanti di daerah Muar ditutup pada jam 6.30 petang tadi.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, dengan penutupan PPS berkenaan, maka semua PPS di seluruh negeri ini ditutup sepenuhnya selepas beroperasi berikutan banjir yang berlaku sejak 20 Jun lalu.