Ozil pemain paling teruk di dunia

Iklan
Mesut Ozil. - Foto The Sun

BEKAS bintang Arsenal, Paul Merson menyifatkan Mesut Ozil sebagai antara pemain paling 'teruk' di dunia ketika ini.

Merson juga meragui bagaimanakah masa depan pemain kelahiran Jerman itu sekiranya masih terus beraksi dengan skuad The Gunners itu dan menerima bayaran bulanannya seperti biasa.

Iklan
Iklan

Justeru, Merson turut mencadangkan agar pihak pengurusan dapat memikirkan cara terbaik untuk menyingkirkan atau menamatkan kontrak Ozil daripada skuad The Gunners itu.

"Dia (Ozil) tidak boleh beraksi dalam skuad Arsenal kerana jikadia tidak akan mengubah cara permainannya; dia kini dalam usia 30-an dan pasukan tidak akan mengubahnya.

Iklan

"Dia tidak turun ke bawah, tidak mengejar pemain dan dalam masa sama, pasukan memerlukannya, walaupun anda hanya menerima 70 peratus daripada aksi bola sepak setiap minggu.

"Kita semua tahu cara Ozil bermain. Anda berikan bola kepadanya dan kemudiannya dia akan mencari anda. Dia tidak akan memenanginya (bola), untuk anda. Dia juga tidak berminat bila mereka (lawan), tidak bersama bola bagaimana anda boleh membayar gaji pemain ini sedangkan anda semua tahu cara permainannya?" katanya.

Iklan

Untuk rekod, Ozil telah tidak beraksi bersama Arsenal dalam tiga perlawanan sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung kembali pada 17 Jun lalu.

Sementara itu Merson berkata, Ozil adalah contoh seorang pemain yang mahu beraksi dengan pasukan yang lebih sempurna dan sering menguasai pelawanan.

"Bagi saya Ozil adalah pemain yang terburuk di dunia ketika ini dan yang pasti, pasukan tidak akan membantu mengubah dirinya kerana jika dia benar-benar mahu berubah, dia sendiri akan datang menemuni pasukan," katanya.