Bomba selesai siasat punca kebakaran di wad HSA

Iklan
R Vidyanathan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (dua dari kiri) dan Yahaya (depan dari kanan) meninjau lokasi kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1 HSA, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BPM) Johor sudah selesai melakukan siasatan punca kebakaran Wad Perubatan Perempuan 1 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang berlaku pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, siasatan sudah selesai dilakukan dua hari lalu dan kini wad berkenaan diserahkan semula kepada pihak pengurusan HSA untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Selepas ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan membuat perancangan bagi proses baik pulih.

"Pihak bomba akan melengkapkan laporan untuk diberikan kepada mereka dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat JBPM Johor di sini semalam.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 3.08 petang itu, wad berkenaan terbakar, namun dapat dikawal.

Seramai 24 pesakit berjaya dipindahkan ke wad lain manakala 10 daripadanya dibawa ke Hospital Permai.

Iklan

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku, kebakaran pada mulanya berjaya dipadamkan polis bantuan HSA tetapi kemudian merebak semula sebelum pihak bomba dipanggil untuk operasi pemadaman api.

Berikutan itu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) akan membiayai kos membaik pulih wad berkenaan dan akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan segera.

Sementara itu Yahaya berkata, sebahagian daripada tujuh hospital kerajaan di negeri ini sudah memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) dan selebihnya sedang dalam proses kelulusan.

Beliau berkata, semua hospital kerajaan perlu mempunyai FC yang mengiktiraf keselamatan sesebuah bangunan awam.