Lelaki maut tersepit dalam kereta

Iklan
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas di Kampung Haji Ghaffar Yong Peng tengah malam tadi. - Foto JBPM

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Haji Ghaffar, Yong Peng di sini, tengah malam tadi.

Mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Nur Ar Rashid Mohd Tugirin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.59 tengah malam.

Menurutnya, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lima anggota ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Iklan

"Sebaik tiba, pemandu kereta jenis Honda Civic masih tersepit dalam kenderaannya yang remuk.

"Operasi mengeluarkan pemandu lingkungan 30-an dijalankan menggunakan peralatan hidraulik khas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Katanya, sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

"Pemandu sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena selamat. Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 2.07 pagi,” katanya.