Allianz unjur pertumbuhan hasil satu digit

Iklan
Zakri (kanan) dan Joseph pada sidang media Mesyuarat Agung Tahunan Allianz di Kuala Lumpur kelmarin.

ALLIANZ Malaysia Bhd (Allianz) mengunjurkan pertumbuhan hasil satu digit sahaja bagi tahun kewangan 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakri Khir berkata, Allianz berjaya mencatatkan kenaikan hasil pada suku pertama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun terdapat tekanan semasa tempoh berkenaan kerana ejen insurans hayat tidak boleh bertemu pelanggan untuk menjual produk.

Iklan
Iklan

"Ia menunjukkan penurunan pada masa itu tetapi kini mula meningkat semula. Bagaimanapun, kami menjangkakan keuntungan pada tahun ini akan bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media maya Mesyuarat Agung Tahunan Allianz yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross di ibu kota kelmarin.

Iklan

Dalam pada itu, Zakri berkata, Allianz General mencatatkan kurang tuntutan semasa PKP dan kini kembali mendapat sambutan seperti mana sebelum pelaksanaannya.

"Kami dapati terdapat tekanan dari segi kos tuntutan dalam kenaikan harga rawatan disebabkan penggunaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) oleh kakitangan perubatan dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Iklan

Sementara itu, Joseph berkata, Allianz akan menumpukan kepada perniagaan sedia ada dan tidak merancang untuk mengambil alih perniagaan perkhidmatan kewangan digital buat masa ini.