Bukan papan tanda MPPD

Iklan
Papan tanda yang tular di media sosial sejak semalam.

PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menafikan pemasangan papan tanda amaran pembuangan sampah dengan penggunaan ayat keterlaluan dan tidak sopan di tempat awam.

Yang Dipertuanya, Mohd Zamberi Mohd Esa kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memaklumkan bahawa MPPD telah memasang papan tanda tersebut di sekitar Pantai Port Dickson (PD), dan Teluk Kemang.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, MPPD tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu itu.

"MPPD juga belum memasang papan tanda amaran berkaitan malah 'tagline' untuk kempen kebersihan pantai yang dijangka akan diadakan pada 10 Julai ini.

Iklan

"Kempen tersebut merupakan salah satu usaha kita untuk meningkatkan kesedaran masyarakat menjaga kebersihan di pantai selain mengenakan kompaun terhadap mereka yang degil," katanya kepada Sinar Harian ini.

Tambahnya, selepas pelancaran kempen pembersihan pantai pihaknya akan membuat pemantauan secara lebih efektif termasuk penyamaran penguat kuasa MPPD untuk mengesan individu yang membuang sampah.

Iklan

Katanya, MPPD menyambut baik teguran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkenaan tahap kebersihan di pantai yang kurang memuaskan.

"Tong sampah yang disediakan mencukupi tetapi kemudahan itu digunakan oleh peniaga untuk membuang sampah mereka.

"Jadi sekarang ini, kita sedang perhalusi masalah tersebut, dan berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak agar kempen yang akan kita lancarkan ini berjaya," katanya.