Pembangkang tuntut penjelasan Petronas isu Wan Zulkiflee

Iklan
ANWAR

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut penjelasan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengenai peletakan jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beliau berkata, tempoh perkhidmatan Wan Zulkiflee yang sudah berkhidmat selama empat tahun itu sepatutnya berakhir pada April 2021 dan peletakan jawatannya mengundang banyak persoalan.

Iklan
Iklan

Anwar yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata, Petronas juga telah menyangkal laporan agensi berita Reuters yang mendakwa peletakan jawatan tersebut berkait rapat dengan kerajaan Sarawak.

"Sebagai syarikat yang bertanggungjawab menyelia khazanah dan hasil negara, rakyat jelas tertanya-tanya apakah rencana sebenar di sebalik peletakan jawatan tersebut. Ini mesti dijelas dan diperincikan tanpa lengah oleh pihak Petronas.

Iklan

"Badan penarafan dunia S&P Global Ratings baru-baru ini juga telah membuat penilaian semula unjuran Malaysia dan Petronas daripada stabil ke negatif. Apa yang dibimbangi badan tersebut ialah mengenai campur tangan kerajaan dalam Petronas. Ia juga menggesa agar dijelaskan berkaitan bayaran yang dibuat kepada Sarawak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anwar berkata, ketidakstabilan di Petronas memberi impak yang negatif terhadap ekonomi negara dan pelabur antarabangsa.

Iklan

Katanya, kegagalan Petronas untuk meleraikan persoalan itu juga akan mengundang ketidakpercayaan yang akan mengeruhkan lagi keadaan semasa.